Bahasa Melayu Reman

Bahasa Melayu Reman / Pattani
بهاس ملايو قدح اولو
Cakak Ulu/Basa Ulu/Pattani Kedah
Asli kepada Malaysia
KawasanKedah
EtnikMelayu Kedah
Penutur bahasa
390,000-400,000
Austronesian
Kod bahasa
ISO 639-3

Bahasa Melayu Reman atau juga dikenali sebagai basa Ulu atau Cakak Ulu atau Cekak Phelek Ulu juga dikenali sebagai Bahasa Patani Kedah merupakan sebuah ahli bahasa-bahasa Austronesia dan ragam bahasa Melayu tempatan yang dituturkan di empat daerah di negeri Kedah iaitu di Padang Terap, Baling, Sik dan Yan. Bahasa Melayu Reman agak berlainan dengan bahasa Melayu Kedah walaupun tinggal di dalam negeri yang sama di samping lebih dekat dengan rumpun bahasa Melayu pantai timur seperti bahasa Melayu Kelantan, bahasa Melayu Terengganu, bahasa Melayu Patani, bahasa Melayu Pahang dan terutama sekali bahasa Melayu Perak Ulu. Melayu Baling, seperti Melayu Gerik, dikatakan berasal daripada Melayu Patani yang melarikan diri dari Patani semasa perang Patani-Siam pada abad ke-18. Disebabkan kedudukannya dengan Thailand dan Kedah, bahasa Melayu Kedah Hulu menyerap pelbagai perkataan daripada bahasa Siam dan bahasa Kedah. Lebih daripada 400,000 orang memakai bahasa ini sebagai bahasa pertama mereka. Ada yang berpendapat[nyatakan menurut siapa?] bahawa bahasa ini ialah sub-dialek bahasa Reman (dituturkan dengan pelat yang serupa di Yala, Thailand) yang merupakan dialek bahasa Kelantan-Patani (Phasa Yawi).


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search